Monday 17 August 2015

PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC

  

PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN OIC

DIPLOMA KEJURUTERAAN
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(SESI JUN 2015)
NAMA AHLI KUMPULAN
Ø  HAFIZ BIN SUTRIS
02DEE15F1078                                                                                                                  
Ø  FAZRUL IQMAL BIN AZMAN
02DEE15F1057
Ø  MUHAMMAD AMNAN BIN NAZLIN
02DEE15F1082
Ø  MUHAMMAD AIMAN BIN KHAIRUDDIN KALAM
02DEE15F1144
Ø  SHAMRAO A/L RAMASAMY
02DEE15F1140
Ø  PRAAVEEN A/L CHANDRASEKARAN
02DEE15F1002

PENSYARAH
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM






PENGENALAN OIC


PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM atau OIC(Organisation Of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara timur tengah & utara afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia .

Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah bahasa Arab, Inggeris & Perancis. Pada 28 jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam. Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) Ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 REJAB 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia .



TUJUAN OIC
Tujuan utama pertubuhan OIC ialah :-

² Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di kalangan negara Islam Dan Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat Islam.



OBJEKTIF


Objektif OIC adalah seperti berikut:-
ü Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota .
ü Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa .
ü Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk .
ü Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan .
ü Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah,kemerdekaan dan hak mereka dan mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dengan negara lain .

Keanggotaan
        OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.

Struktur Institusi
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :-
Ø Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
Ø Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
Ø Sekretariat OIC

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC
Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

Sekretariat OIC
Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.



PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC


Malaysia memainkan peranan yang cergas dalam aktiviti OIC, misalnya :

a. Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serb.

b. Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada pasukan tentera PBB pada tahun 1994.

c. Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama OIC.

d. Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank-IDB) - sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun          1995.

e.     Sering menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa Usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq

v Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai tentera telah menyertai pasukan tentera Pemerhati PBB

v Sokongan kuat kepada perjuang rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)

v Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983

v Menyokong perjuanagn Mujahidin Afgahanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978

v Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada 1989

v Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003

v Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dipilih mengetuai OIC

v Menimbangakan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan dinar emas sebagai alternatif bagi urusan perdagangan di kalangan negara anggota

v Mengadakan dialog dengan budaya dan tamadun lain (termasuk Barat)

v Menggalakan perdagangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data

v Meningkatkan kerjasama negara angota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi

v Isu-isu ekologi

v Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat dengan Islam.

v Penganjura kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam

v Penubuhan Forum Ekonomi Islam sedunia (WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC

v Menjadi pengantara dalam menyelesaikan peperangan Iran dengan Iraq

v Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.

v Menyediakan peruntukan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam pada tahun 2002

v Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.




KESIMPULAN

Malaysia telah banyak terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani isu peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali menghantar tentera pengaman ke negara-negara bergolak seperti di Kongo, Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu, kita juga telah berusaha memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah daripada ditindas oleh kuasa-kuasa besar. Malahan, Malaysia juga turut mempunyai pendirian mengenai isu-isu tentang Antartika dan sumbernya yang merupakan warisan bersama manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteid yang diamalkan oleh Kerajaan Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan sosial kepada orang kulit hitam. Begitu juga, Malaysia telah banyak memberi bantuan makanan, perubatan dan pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa bencana alam. Jelaslah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara di dunia ini telah memainkan peranan kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan.



RUJUKAN

² http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
² http://www.slideshare.net/munnianwar/pertubuhan-negara-negara-islam
² http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html






LAMPIRAN



PERSIDANGAN OIC





AHLI OIC




NEGARA-NEGARA YANG BERKERJASAMA DENGAN OIC