PERANAN MALAYSIA SEBAGAI SALAH SATU ANGGOTA PERTUBUHAN
OIC
DIPLOMA KEJURUTERAAN
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(SESI JUN 2015)
NAMA AHLI KUMPULAN
Ø HAFIZ BIN SUTRIS
02DEE15F1078
Ø FAZRUL IQMAL BIN AZMAN
02DEE15F1057
Ø MUHAMMAD AMNAN BIN NAZLIN
02DEE15F1082
Ø MUHAMMAD AIMAN BIN KHAIRUDDIN KALAM
02DEE15F1144
Ø SHAMRAO A/L RAMASAMY
02DEE15F1140
Ø PRAAVEEN A/L CHANDRASEKARAN
02DEE15F1002
PENSYARAH
PUAN CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM
PENGENALAN OIC
PERTUBUHAN
KERJASAMA ISLAM atau
OIC(Organisation Of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa
di kalangan negara-negara yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara timur
tengah & utara afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan
Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan
sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi
kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat islam di seluruh dunia .
Bahasa
rasmi organisasi berkenaan adalah bahasa Arab, Inggeris & Perancis. Pada 28
jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada
Pertubuhan Kerjasama Islam. Pertubuhan Persidangan Islam(OIC) Ditubuhkan pada
25 September 1969 (12 REJAB 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama
di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid
Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para
pemimpin islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan
kepentingan umat islam dalam segenap bidang di seluruh dunia .
TUJUAN OIC
Tujuan utama
pertubuhan OIC ialah :-
²
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
kalangan negara Islam Dan Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan
umat Islam.
OBJEKTIF
Objektif OIC adalah
seperti berikut:-
ü Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota .
ü
Menyelaras
kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa .
ü
Berusaha
menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk .
ü
Mengambil langkah
perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan
berasaskan keadilan .
ü
Meningkatkan
perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah,kemerdekaan dan hak mereka dan
mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di
kalangan negara anggota dengan negara lain .
Keanggotaan
OIC kini
mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain,
Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad,
Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia,
Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI),
Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman,
Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan,
Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab
Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.
Struktur
Institusi
Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :-
Ø Pembuat
dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
Ø Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC
Ø Sekretariat
OIC
Sidang
Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC
Sidang
Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan
tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia
Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di
peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum
tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta
tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Persidangan
Menteri-menteri Luar OIC
Badan
pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri
Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan
keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara
negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian
terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi
dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan
tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di
negara anggota.
Sekretariat
OIC
Sekretariat
OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia
diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh
Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab
melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.
PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC
Malaysia
memainkan peranan yang cergas dalam aktiviti OIC, misalnya :
a. Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa
perang di Bosnia-Herzegonia yang dirundung masalah serangan Serb.
b. Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke
Bosnia-Herzegonia untuk memberi bantuan kepada pasukan tentera PBB pada tahun
1994.
c. Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama OIC.
d. Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan
Islam (Islamic Development Bank-IDB) - sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada
tahun 1995.
e. Sering
menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa Usaha
perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq
v
Ogos 1988 sepasukan 15 pegawai tentera
telah menyertai pasukan tentera Pemerhati PBB
v
Sokongan kuat kepada perjuang rakyat
Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation
Organisation-PLO)
v
Menjadi tuan rumah kepada Persidangan
Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983
v
Menyokong perjuanagn Mujahidin
Afgahanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978
v
Membenarkan Mujahiddin membuka pejabat
perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984. Tentera Rusia berundur pada 1989
v
Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10
diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003
v
Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi
dipilih mengetuai OIC
v
Menimbangakan cadangan Aturan Pembayaran
Perdagangan berasaskan dinar emas sebagai alternatif bagi urusan perdagangan di
kalangan negara anggota
v
Mengadakan dialog dengan budaya dan
tamadun lain (termasuk Barat)
v
Menggalakan perdagangan dan pelaburan
menerusi perkongsian pangkalan data
v
Meningkatkan kerjasama negara angota
dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi
v
Isu-isu ekologi
v
Menganjurkan dialog antara Barat dengan
dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara barat
dengan Islam.
v
Penganjura kepada Sidang Antarabangsa
Ketiga Dialog Barat-Islam
v
Penubuhan Forum Ekonomi Islam sedunia
(WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang
perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC
v
Menjadi pengantara dalam menyelesaikan
peperangan Iran dengan Iraq
v
Menganjurkan persidangan menentang
pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.
v
Menyediakan peruntukan biasiswa untuk
pelajar dari negara Islam pada tahun 2002
v
Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam
kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
KESIMPULAN
Malaysia telah banyak
terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa.
Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani isu
peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali menghantar
tentera pengaman ke negara-negara bergolak seperti di Kongo,
Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu, kita juga telah berusaha
memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah daripada ditindas oleh
kuasa-kuasa besar. Malahan, Malaysia juga
turut mempunyai pendirian mengenai isu-isu
tentang Antartika dan sumbernya yang merupakan warisan bersama
manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteid yang diamalkan oleh Kerajaan
Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan sosial kepada orang kulit hitam.
Begitu juga, Malaysia telah banyak memberi bantuan makanan, perubatan dan
pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa bencana alam. Jelaslah
bahawa Malaysia sebagai sebuah negara di dunia ini telah memainkan peranan
kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan.
RUJUKAN
² http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
² http://www.slideshare.net/munnianwar/pertubuhan-negara-negara-islam
² http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
LAMPIRAN
PERSIDANGAN
OIC
AHLI
OIC
NEGARA-NEGARA YANG BERKERJASAMA DENGAN OIC
No comments:
Post a Comment